Penipuan Di Internet ! Cegah Sebelum Terlambat

Hey ! Assalamualaikum

Gejala penipuan di internet semakin bermaharajalela . Jika korang tak ketahuinya , kemungkinan korang juga bakal menjadi salah seorang daripada mangsa penipuan tersebut . Penipu yang terlibat , biasanya mampu membuat apa saja termasuk mendedahkan aib orang lain , penipuan duit dan memfitnah . Kesedarang tentang masalah ini perlu diambil kira. 

Berikut adalah contoh-contoh penipuan yang berlaku di internet dan cara pencegahannya:


Hadiah Undian
Selalunya , korang akan menerima e-mel daripada pihak yang tidak dikenali yang menawarkan pelbagai hadiah undian . Dalam e-mel tersebut , turut diletakkan maklumat korang memenangi sesuatu tidak kira dari Yahoo , Microsoft mahupun yang lain . Jangan percaya dengan e-mel tersebut jika korang tidak betul-betul yakin .

Pencegahan :
Jangan terlalu cepat untuk memindahkan wang korang kepada akaun yang tidak dikenali . Pastikan hadiah undian tersebut datang daripada sumbe yang boleh dipercayai.


Perniagaan Palsu
Perniagaan dalam talian (online) sudah menjadi 'trend' sekarang dan para pengguna juga semakin mempercayainya . Dalam pada itu , masih ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan secara haram . 

Pencegahan :
Kenal pasti sumber ( blog,laman web dan lain-lain ) apabila ingin membeli barang secara online . Jika sumber tersebut adalah sah , maka urusan jual bei boleh diteruskan :)


Pencerobohan Laman Web
Ketika korang nak mendaftar masuk akaun sendiri , tiba-tiba password korang salah ataupun halaman utama yang muncul di skrin nampak lain . Dalam hal ini , jelas sekali akaun korang telah dicerobohi ! Si pelaku yang suka menceroboh akaun orang lain mempunyai niat jahat tidak kira ia berunsur peribadi ataupun tidak .

Pencegahan :
Pantau akaun laman sosial/blog korang dengan cara kerpa menukar password . Untuk langkah keselamatan , jangan letak maklumat peribadi terlalu banyak.


Perisian Bervirus
Kegilaan memuat turun perisian percuma (FREE DOWNLOAD) menjadi satu perkara yang sering pengguna Internet lakukan . Macam-macam yang benda yang korang download sehingga tidak sedar virus turut menular ke dalam komputer . Cara ini memang mudah tetapi haruslah berhati-hati apabila proses muat turun berlangsung .

Pencegahan :
Gunakan anti-virus untuk mengesan virus yang masuk . Pastikan juga antivirus tersebut dikemas kini.


E-mel Palsu
Adakalanya korang akan menerima e-mel daripada 'admin Yahoo' dan enjin carian yang lain . E-mel ini menyatakan korang harus mendaftar masuk dan verify data .  Seterusnya , korang haruslah meletakkan password dan bermacam-macam lagi .  Apabila sampai ke satu tahap , korang rasakan yang korang telah ditipu .

Pencegahan :
Jangan sesekali klik pada 'link' yang korang tak pasti . Ini kerana data peribadi korang mungkin boleh dicerobohi oleh si pelaku yang tidak bertanggungjawab.


E-mel Berantai
Ramai pengguna Internet yang gemar menghantar e-mel berantai dengan harapan apa yang mereka baca turut dikongsi bersama orang lain . Tetapi , mereka tidak sedar bahawa ada sesetengah e-mel boleh mengaibkan orang lain dan boleh mencetuskan fitnah.

Pencegahan :
Jika tidak sahih kebenaran e-mel yang diterima , jangan panjangkan ia agar tidak timbul sebarang masalah kelak .


Status di laman sosial
Status dan komen yang dipaparkan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter kadang kala mengundang bahaya dan masalah besar antara satu sama lain . Tanpa disedari , macam-macam luahan yang ditulis di status masing-masing . Ini mengundang bahaya !

Pencegahan : 
Jangan terlalu mengikut perasaan apabila hendak menulis sesuatu di status laman sosial . Pelbagai andaian yang boleh ditafsirkan oleh pihak yang membacanya .

Credit by - Kak Lyssa Faizureen

No comments:

Post a Comment

.Assalamualaikum
.Kalau suka komen la
.tq

3 SecretAdmirer